Pendahuluan:
Ibadah ertinya tunduk kepada
Allah SWT dengan melakukan apa yang disuruh dan tinggal apa yang dilarang.
Terdapat ibadat yang fardhu,
wajib dan sunat.
Ibadat fardhu ialah solat
lima waktu zohor, asar, maghrib, isyak dan subuh, solat jumaat, puasa ramadhan,
zakar dan haji jika mampu.
Ibadah wajib ialah solat
witir bagi imam ahmad hanbal, solat jenazah, melaksanakan nazar daripada ibadat
yang sunat seperti puasa nazar.
Ibadah sunat ialah solat
sunat, puasa sunat, sedekah, umrah, haji kali berikutnya, zikir, iktikaf,
ziarah, membina masjid dan doa.
Penghujung ibadah ialah buat
apa yang disuruh dan tinggal apa yang dilarang oleh Allah SWT dengan ikhlas
hati kerana kita ini adalah hamba Allah SWT. Suatu masa nanti kita akan bertemu
dengan Allah SWT. Beruntunglah kita jika dalam pertemuan itu Allah SWT merahmati
dan meredhai kita.